AYAM STRAGANOFF

Resepi Ayam Straganoff

Ingredients :

2 keping daging ayam fillet (dipotong kecil)
2 s/besar sos “worcestershire”
1 s/besar minyak masak
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
300 gm cendawan butang (dihiris nipis)
3 s/besar sos tomato
2 cawan susu segar (rendah lemak)
2 s/kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
˝ s/kecil garam
˝ s/kecil lada sulah
1 cawan air

Method :

1. Perapkan ayam dengan sos worcestershire selama 1 atau 2 jam atau lebih.

2. Panaskan minyak, goreng bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.

3. Masukkan ayam dan kacau selama 4 minit, tambahkan cendawan, sos tomato, lobak merah, garam dan lada sulah, kacau rata.

4. Tambahkan susu dan tepung jagung.

5. Perlahankan api dan angkat apabila sudah pekat, kemudian hidangkan.

No votes yet.
Please wait...

No Replies to "AYAM STRAGANOFF"

    Skip to toolbar