Blog

Bread & Pastry

SEMBOUSEK LAHMAH

Ingredients:

Inti Daging:

  • Garam
  • Bawang
  • Cili
  • Tomato
  • Daging Cincang
  • Lada Putih
  • Lada Hitam

Inti Sayur:

  • Bayam
  • Bawang Merah
  • Lada Putih
  • Jus Lemon
  • Minyak Jagung

Method :

Inti Daging

1. Hiriskan bawang, cili, tomato dan kemudian campurkan bersama.

2. Kemudian gaulkan bersama daging cincang. Masukkan lada putih,lada hitam dan garam.

Inti Sayur

1. Celurkan bayam, hiris bawang dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi bayam. Kemudian masukkan lada putih. Perahkan jus lemon ke dalamnya.

2. Masukkan minyak jagung. Gaulkan.

Buatkan acuan dengan doh dan masukkan inti dan bentukkan. Kemudian masukkan dalam oven dan bakar selama 10 minit.

FAJITA AYAM DAN CENDAWAN

Ingredients :

Inti

  • 10 keping roti Tortilla
  • 400 gm daging ayam
  • 250 gm cendawan (dihiris nipis)
  • 100 gm bawang besar (dihiris nipis)
  • 50 gm lada benggala hijau (dihiris nipis)
  • 50 gm lada benggala merah (dihiris nipis)
  • 30 gm serbuk cili
  • 30 gm bawang putih (dikisar)
  • 200 gm terung
  • minyak zaitun
  • keju Mozarella
  • garam secukup rasa
  • lada hitam secukup rasa

Bahan Bahan Salsa Tomato

  • 100 gm tomato (dibuang biji dan dipotong dadu)
  • 25 gm lada benggala hijau (dipotong dadu)
  • 25 gm lada benggala merah (dipotong dadu)
  • 50 gm bawang besar (dipotong dadu)
  • 60 gm daun ketumbar (dicincang)
  • 2 biji limau nipis (diambil jus)
  • 5 biji cili padi
  • garam dan gula secukup rasa

Method :

1. Perapkan daging ayam bersama serbuk cili, lada hitam, garam dan minyak zaitun, ketepikan ia.

2. Panggang terung di atas kuali sehingga berwarna kekuningan,gorengkan cendawan,bawang putih, bawang besar, lada benggala (hijau dan merah) sehingga wangi, ketepikan ia.

3. Panggang daging ayam yang diperap tadi di atas kuali sehingga masak.

4. Susunkan bahan bahan inti di atas roti tortilla dan gulungkan,letakkan di atas bekas pembakar, taburkan keju Mozarella dan bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 15 minit.

5. Untuk membuat salsa tomato, campurkan kesemua bahannya ke dalam mangkuk.

6. Hidangkan ia panas bersama dengan salsa tomato.
No votes yet.
Please wait...
Skip to toolbar