KEK GUGELHUPF APRIKOT

Ingredients :
200 gm apricot kering ( dicincang halus )
11/2 biji oren ( diambil jus )
200 gm mentega ( tanpa garam )
200 gm gula halus
secubit garam
4 biji telur ( asingkan putih dari kuning )
1 biji lemon ( diambil jus dan parut kulitnya )
150 gm yogurt (perisa aprikot / biasa )
300 gm tepung gandum serbaguna
18 gm serbuk penaik
2 biji epal hijau ( dikupas dan didadu kecil )

Method :

1. Perap apricot dengan jus oren ( 3 jam semalaman )

2. Putar mentega ,gula dan garam sehingga gebu, masukkan kuning telur,,jus dan lemon dan yogurt,tambah aprikot yang duperap, kacau rata.

3. Ayak bersama tepung ,garam, serbuk penaik, masukkan ke dalam nya mentega,tambah epal.

4. Didalam mangkuk lain ,pukul putih telur sehingga kembang ,masukkan ke dalam adunan ,bakar dalam acuan bergris dan bertepung pada suhu 180 darjah selsius selama 1 jam 15 minit.

No votes yet.
Please wait...

No Replies to "KEK GUGELHUPF APRIKOT"

    Skip to toolbar