PUDING ROTI NENAS

Ingredients :

3 cawan susu
1 cawan krim
4 cawan roti panjang (dipotong dadu)
6 biji telur
3 cawan gula pasir
2 s/besar vanila
1 cawan kismis
1 1/2 cawan nenas (dipotong dadu)
2 s/besar mentega

Method :

1. Cairkan mentega di dalam kuali. Masukkan nenas, gula dan kismis. Kacau bahan – bahan sehingga gula kekuningan.

2. Untuk membuat kastad, campurkan bersama telur, gula dan vanila,pukul dan gaul rata, masukkan susu, dan krim.

3. Pada bekas acuan, susunkan ke dalamnya roti.

4. Masukkan nenas, dan kismis dari kuali ke dalam bekas acuan.

5. Tuangkan kastad tadi ke dalam bekas acuan, biarkan ia berendam selama 10 minit.

6. Bakar di dalam oven pada suhu 175 darjah selsius selama 40 minit, setelah dibakar, keluarkan dan taburkan serbuk gula di atasnya.

No votes yet.
Please wait...

No Replies to "PUDING ROTI NENAS"

    Skip to toolbar